Tuesday 24 June 2014

:: Ingin Menjadi Seperti IKAN ::

Salam Sejahtera,

Dah lama rasanya tak menulis di blog.Entah kenapa tiba2 perasaan nak menulis tu muncul.Sebabnya, bila aku menulis disini,memori tu akan terus ada.Walaupun aku lupa ke nyanyuk ke,aku masih boleh baca atau lihat gambar disini..

Sejak bergelar pekerja ni,aku terlalu sibuk sehinggakan aku lupakan kawan2, aku lupa tarikh lahir mereka yang rapat dihati, aku langsung (boleh di katakan langsung sebab jarang sangat) tak menghubungi kawan2 dan yang rapat dengan aku. Aku letak kerja dipriotiti yang teratas. Namun, aku lupa,siapa yang akan ada dengan aku disaat aku perlukan bantuan,siapa yang akan ada dengan aku disaat aku sakit dan siapa yang akan risaukan aku bila aku ada masalah.

Dan lagi satu perubahan yang aku rasa terjadi pada aku adalah sikap aku. Dulunya, aku adalah seorang yang positive. Aku gemar memandang sesuatu situasi dari sudut pandangan yang positif TAPI sekarang semuanya negative. Sehinggakan seorang teman di tempat kerja komen,

"Kenapa awak sekarang asyik negatif je,bila tanya apa2,awak terus say NO without even thinking."

Aku tak salahkan sesiapa, MEMANG, memang aku dikelilingi orang2 yang negative thinker, TAPI perubahan pada diri aku adalah salah aku sendiri. Kerana aku tak pandai membawa diri,aku terikut-ikut. Aku yang dah dewasa tak sepatutnya macam tu. Sepatutnya tahu,apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Aku ingin sangat menjadi seperti ikan di lautan.Walaupun hidup di laut yang masin NAMUN isinya tetap tak masin.

be like me..will ya?? kata si ikan..
Tapi ye,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau x terjadi,kita tak akan belajar dari kesilapan dan akan selalu anggap yang kita ni bagus,perfect (even tau mana ada manusia perfect di dunia ni). InsyaAllah,learn from the mistake and be better..

:)


No comments:

Post a Comment