Sekarang ni asyik cakap pasal jodoh je..Yelah,umur pun dah lanjut kan..haha..Geng2 ni haa sekarang ni asal bincang je pasal ni..huhu.Tua sangat ke 23 tahun tu sampai dah ada yang tolong carikan calon untuk saya??haha..Orang lain pulak dok tolong risau kan kita yang tak ada calon ni..
Tapi,bagi saya,tak pe lah,Tak perlu nak rush,InsyaAllah,ada jodoh saya cuma mungin sekarang dia sedang mempersiapkan diri.Yelah,nak kena jadi ketua keluarga kan,bukan senang.Tanggungjawab yang nak digalas tu,berat..Takpe,take your time sebab saya sendiri pun perlu mempersiapkan diri untuk jadi isteri yang solehah,InsyaAllah..Saya sendiri pun belum bersedia kan,jadi tak perlulah nak cepat2..Sama2 lah kita berusaha untuk memajukan diri setapak ke depan.. :)
![]() |
betul ke??? |
Entahlah,saya masih tak pasti sampai sekarang betul ke statement tu.Bagi saya,jodoh tu ditentukan Allah SWT,soal mirip ke tak tu,mungkin bonus la kot.Sebab dari apa yang saya tengok la kan,ramai je pasangan yang bahagia je walaupun saya tengok tak mirip..
Psikolog Robert Zajonc dari Universiti Michigan menyimpulkan setelah melakukan percubaan menguji fenomena tentang pasangan hidup yang semakin lama wajahnya makin mirip satu sama lain.
Hasil penelitian menunjukkan bahwa seiring waktu, pasangan akan semakin mirip satu dengan lain. Jika kehidupannya bahagia maka tambah usia bertambah pula kemiripan fiziknya.
Bukti menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan kemungkinan awalnya tertarik dengan seseorang yang memiliki kepribadian sama.
p/s : kalau betul jodoh memang mirip,biri2 tu tak berjodoh la,mungkin dari kumpulan yang berlainan agaknya..sian..huhu..