Showing posts with label life... Show all posts
Showing posts with label life... Show all posts

Saturday, 3 March 2012

Redha...

Salam.... :)

' Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberi itu degan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh - kesah... '

InsyaAllah,setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..Setiap satu dugaan yang terjadi pada kita, akan ada hikmah disebalik kejadian.. Mungkin sesuatu itu masih tidak terletak pada tempatnya, dan kejadian2 yang berlaku adalah untuk mengembalikan keadaan kepada asal atau kepada yang lebih baik..

Saya yang lemah ini telah berkeluh kesah, bersedih hati.. Saya sampai memikirkan , sungguh sampai hati orang yang melakukan kejadian itu terhadap saya, walaupun saya tidak pernah berbuat satu pun kesalahan terhadap orang itu..Apa salah saya sehingga sanggup dia berbuat sebegitu?? Pada ketika itu, saya yang lemah ini tidak berfikir,setiap harta yang kita miliki, malah setiap apa yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata..

Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh tersenyum bila memikirkan kejadian tersebut dan berdoa semoga pencuri dan juga pelaku kejadian insaf , dan tidak akan mencuri lagi..Aminn...




Tuesday, 28 February 2012

Masa Itu Emas...

Salam ,

' masa itu emas '
Selalu kan dengar pasal masa itu emas tu..Ini bermaksud masa tu amatlah berharga.. Cuba tengok mak kita, betapa dia jaga barang kemas dia, yela , emas kan mahal .. Sebenarnya, setiap orang memang ada emas masing2.. Jadi, kita kena lah hargai emas yang mahal tu , dan bersyukur lah dengan emas yang kita ada kerana itu yang  Pencipta kita berikan kepada setiap orang yang hidup di muka bumi ini.. Tetapi,jangan lah pulak kita jadi PENCURI EMAS dan mencuri emas orang lain..

Kalau emas yang betul dicuri,boleh lah buat police report dan pencuri nya ditangkap kan.. Macam mana pulak dengan pencuri masa orang ni?? Kalaulah boleh buat police report jugak ,rasanya mesti kebanyakan kita akan ditangkap kerana banyak mencuri masa orang lain termasuklah saya..hehe.. Tak bagus.. Tak bagus..Amalan ni sebenarnya tak bagus. Saya sendiri kena berubah , dan tidak mencuri lagi..

Setiap orang pasti ada plan tersendiri kan, apa nak buat hari ni , matlamat untuk hari tu , tapi plan tak jadi.. Kenapa?? sebab ada plan dengan kita yang tak tahu menghargai masa ni,Kita mungkin tak begitu ambil berat tentang masa ni, mungkin tidak bagi kawan kita yang banyak kerjanya.. Disebabkan kita , Si kawan terpaksa tangguhkan atau BATALkan terus plan nya , hanya kerana kita.. Si kawan ni fikirkan pasal kita kerana kita kawan nya , tapi ada kita fikir tentang Si kawan pula?? Kita biarkan Si kawan tertunggu seperti kita ni VVIP.. Malahan , Si kawan terpaksa membuat kerja yang sepatutnya kita lakukan bersama,baguskah begitu ?? Tetapi,kerana kita kawannya,Si kawan lakukan nya dengan ikhlas , tanpa merungut , cuba bayangkan kita ditempat Si kawan.. Pasti kita akan merungut,mengatakan Si kawan ini tidak tepati masa , lambat..
penat tunggu ye dik ??

'Berbelas kasihan lah sesama insan, kadang2 tu fikir kanlah tentang perasaan orang sekeliling kita. Kita hidup di muka bumi ni,bukan nya seorang diri, tetapi ber masyarakat , cubalah hidup secara berharmoni.. '

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya..Kita jangan fikir yang ni tak ada salah apa2, semuanya salah orang lain , yang buruknya semua orang lain , kita ni baik jee..betul ke?? cuba tanya hati,betul kee?? (untuk renungan diri sendiri...) Kadang2 tu,kita kena refleksi diri (betul ke word ni?? )..Kita kena tengok balik,mesti ada juga salah kita disitu.. Kerana kita bukan nabi yang mempunyai sifat maksum.. Kita ni hanyalah manusia biasa, hamba Allah SWT dan umat Nabi Muhammad.. Jadi,kita tak kan lari dari membuat kesalahan..

p/s : selalu2 lah renung apa yang telah kita buat,kesalahan apa yang telah kita buat pada hari itu, dan selalu lah minta maaf dia atas setiap kesalahan yang telah kita lakukan takut tak sempat jika bertangguh2..

.... untuk renungan diri sendiri ....